top of page
  • Writer's pictureThrive Well

Kemurungan Selepas Bersalin: Apa yang Lelaki Boleh Lakukan?

Arman I Rashid, PhD

PPD: Impak kepada Lelaki dan Perempuan

Wanita seringkali mengalami perasaan kompleks seperti gembira, gemuruh dan kekeliruan selepas bersalin. 70-80% wanita berhadapan dengan sindrom ‘baby blues’ sementara dimana biasanya akan hilang dalam masa dua minggu (1), sementara 10-15% wanita di seluruh dunia mengalami kemurungan selepas bersalin (PPD) bersama perasaan murung terlampau bagi tempoh yang berpanjangan (2). Di Malaysia, penyebaran PPD dalam wanita berlaku di antara 14.3 – 31.7% (3). Alam keibuan merupakan satu perjalanan emosi seperti roller coaster bagi ramai wanita – sangat menyenangkan namun sering didesak, seperti “terseksa dalam syurga” (4)

Walaupun PPD selalunya dilihat melalui kaca mata kesihatan mental ibu, golongan bapa juga tidak dapat mengelak daripada penyakit ini. Sesetengah lelaki mungkin berisiko dalam mengalami PPD selepas kelahiran anak, sementara yang lainnya membantu pasangan mereka lalui simtom-simtom yang ada (5). 8-10% lelaki mengalami PPD yang memberi kesan terhadap perasaan ragu-ragu, cepat marah dan hilang emosi setelah kelahiran anak, namun terdapat risiko yang lebih besar bagi pasangan mereka yang mengalami penyakit yang sama (6,7).

PPD telah dikaitkan dengan perselisihan, perpisahan dan penceraian perkahwinan di antara pasangan (8). Ia juga boleh membawa kepada kemurungan kronik, gejala bunuh diri dan keadaan mengancam nyawa seperti penyakit meroyan bagi golongan wanita, jika tidak dirawat (9,10). Oleh kerana PPD memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada keseluruhan ahli keluarga, apa yang lelaki boleh lakukan dalam usaha mengurangkan risiko penyakit ini?

Tugas Lelaki: Lapan Panduan

Sempena Bulan Kesihatan Mental Ibu, berikut adalah lapan cadangan untuk lelaki membantu pasangan mereka (dan diri mereka sendiri) bagi mengatasi PPD:

1. Ketahui Asas PPD


Bantu biasakan pasangan dan diri anda sendiri dengan ‘baby blues’ yang berpotensi untuk menjadi PPD termasuklah simtomnya, risiko dan rawatan tersedia. Halangan utama yang menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan termasuklah kurang kesedaran tentang PPD, pandangan umum masyarakat dan rasa malu, dan anggapan rawatan yang tidak berkesan (10, 11). Disebabkan oleh pandangan sosial yang tidak membantu tentang alam keibuan yang sempurna, anda boleh bantu pasangan anda tangani jangkaan tersebut dengan lebih baik dan belajar mengenai sumber bantuan tersedia selepas kelahiran anak.

2. Memberikan Sokongan Emosi

Kekal bersama pasangan anda bagi membantunya mengatasi tekanan dan kebimbangan yang muncul selepas kelahiran anak, termasuklah kehilangan identitinya dan kegagalan untuk menjadi seorang ibu yang baik. Ketersediaan emosi pasangan menyumbang kepada fungsi, penilaian diri dan kesejahteraan seorang wanita ketika PPD (12). Anda boleh bantu pasangan anda dengan mendengar emosi pengalaman pahitnya, menunjukkan belas kasihan dan memberikan keyakinan kepadanya bahawa hidupnya akan kembali normal seperti biasa.

3. Luangkan Masa Dengan Si Dia

Luangkan masa untuk membantu pasangan anda mengatasi cabaran fizikal dan emosi selepas kelahiran seorang anak. Seorang pasangan dapat membantu melalui berdamping dan menemani isterinya selalu (12). Selepas pandemic COVID-19, anda mungkin dapat menguruskan tempat kerja anda walaupun mempunyai pilihan cuti yang terhad. Anda boleh lakukan satu perbezaan dengan menemaninya bersebelahan walaupun anda sedang bekerja, sebagai contoh,, membantu isteri anda ketika kecemasan dan memastikan dia tidak berasa keseorangan.

Tambahan pula, luangkan lebih banyak masa dengan membawanya keluar temujanji berdua selepas meninggalkan anak anda kepada seorang penjaga. Ianya penting untuk anda membina semula hubungan anda kerana ibu bapa yang mempunyai anak kecil jarang sekali mempunyai masa untuk diri sendiri apabila sedang melaksanakan tanggungjawab menjaga anak, dimana akan memberi kesan kepada kepuasan perkahwinan mereka (13)

4. Menggalakkan Penglibatan Sosial

Bantu pasangan anda mengekalkan hubungan sosial dengan rakan-rakan, keluarga dan teman sekerja, menyedari bahawa dia mungkin sukar untuk terus berhubung dengan mereka selepas melahirkan anak. Interaksi sosial dan sokongan kasih sayang yang positif dapat mengurangkan risiko PPD (14), sebenarnya, lebih luas rangkaian sosial seorang ibu, lebih kurang keberangkalian untuk mengalami keadaan ini (15). Jika pasangan anda tak dapat menerima panggilan, bantu dia mengambil pesanan untuk berhubung semula dengan sistem sokongan dia. Anjuran lawatan bersiar-siar berskala kecil bersama pasangan anda adalah dicadangkan, walaupun begitu, cuba tetapkan had masa dengan pelawat untuk mengelakkan dia daripada rasa gelisah akibat ramai orang.

5. Berkongsi Tanggungjawab Dalam Rumah

Ambil alih secara sementara tanggungjawab pasangan anda untuk membantu dia mendapatkan rehat dan ketenangan mencukupi selepas melahirkan anak. Penurunan dalam kualiti tidur sering dikaitkan dengan simtom kemurungan (16), manakala keletihan merupakan salah satu ramalan paling penting terhadap PPD dalam wanita (17). Berikan pertolongan kepadanya supaya dia dapat berehat secukupnya dan mengurangkan rasa letih, seperti memasak makan malam, membersihkan rumah, menukar lampin atau menjaga anak dari semasa ke semasa. Jika diperlukan, pesan makanan atau upah seorang pencuci untuk membantu mengurangkan tekanan berlebihan padanya. Berusahalah untuk membantu isteri anda walaupun tidak diminta olehnya.

6. Dapatkan Bantuan Sokongan Profesional

Sekiranya pasangan anda sedang menderita daripada ‘baby blues’ berpanjangan bersama beberapa simtom PPD yang telah melebihi dua minggu, yakinkan dia untuk berjumpa dengan pakar psikologi atau kaunselor bagi mendapatkan bantuan professional. Pengesanan dan rawatan awal dapat membantunya mengatasi PPD dengan lebih baik (18), sedangkan pengelakan mungkin akan membawa kepada keadaan tingkah laku yang lebih berisiko dan kronik (10). Anda boleh menjadi sumber kekuatannya bagi menghilangkan kesunyian dan stigma yang dikaitkan dengan PPD dengan mengesyorkannya bantuan professional dan pilihan rawatan yang tersedia.

Di samping itu, bantu pasangan anda mencari kumpulan sokongan untuk para ibu baru sama ada berdepan atau dalam talian supaya dia dapat berkongsi pengalamannya, belajar strategi untuk mengatasi masalahnya dan menyedarinya bahawa dia tidak keseorangan dalam ruangan yang selamat.

7. … dan juga untuk diri sendiri

Oleh kerana golongan lelaki juga boleh berhadapan dengan PPD, jangan lupa untuk dapatkan bantuan professional untuk diri anda sendiri jika anda memiliki simtom kemurungan selepas isteri anda melahirkan anak. Ketidakstabilan kewangan, keseimbangan kerja yang teruk, masalah rumah tangga dan kekurangan tidur boleh meningkatkan risiko PPD dalam kalangan lelaki, di mana dapat memberikan kesan kepada keseluruhan keluarga anda jika tidak dirawat (19). Bantu pasangan anda dengan membantu diri anda terlebih dahulu dalam mengatasi PPD – ingat, sentiasa ‘pakaikan topeng oksigen untuk diri anda terlebih dahulu’ jika anda ingin membantunya dengan lebih baik.

Selain itu, sertailah kumpulan sokongan dalam talian atau secara bersua muka untuk berkongsi mekanisme daya tindak dengan ayah-ayah baru seperti diri anda sendiri. Jika anda tak dapat mencarinya, buatkannya sendiri dan jemput lelaki lain yang sedang memasuki alam ibu bapa.

8. Inspirasikan Sifat Belas-Kasihan

Berikan motivasi kepada pasangan anda tentang menyayangi diri, termasuklah menjadi lebih baik hati, bersimpati dan memahami diri sendiri selepas melahirkan anak. Ini akan membantu dia menyedari anggapan salah tentang jangkaan sosial indah tentang alam keibuan, oleh itu mengurangkan penilaian diri dan penderitaan yang dialami sebagai sati bahagian pengalaman manusia yang tidak sempurna. Risiko PPD dapat dikurangkan jika dia lebih menyayangi dirinya sendiri dengan mengurangkan kemurungan, kegelisahan dan penilaian diri, sambil mempromosikan tingkah laku dan hubungan peribadi yang lebih sihat selepas melahirkan anak (20). Anda boleh berikan inspirasi kepadanya dengan menggunakan konsep lebih menyayangi diri sendiri, termasuklah meditasi, perjurnalan dan mencabar fikiran negatif, menukarkan perasaan belas kasihan untuk kedua-dua pasangan.

Akhir Kata: Penglibatan Lelaki

Saat melahirkan anak boleh menjadi satu pengalaman manis untuk kedua-dua lelaki dan perempuan. Oleh kerana golongan lelaki juga mudah berhadapan dengan PPD dan membantu pasangan mereka atasi simtom tersendiri, mereka adalah golongan berkepentingan kritikal dalam menyuarakan wacana kesihatan awam, penggubalan dasar dan campur tangan klinikal dalam keadaan ini. Ia penting secara khususnya kerana kesihatan mental ibu dan ayah adalah sering berkait rapat, sambil memberi kesan sepenuhnya kepada anak dan keluarga.

Sebagai pasangan yang bertanggungjawab, lelaki mempunyai kewajipan terhadap wanita (dan diri mereka sendiri) bagi memainkan peranan yang lebih proaktif disamping hanya melihat dari jauh bagi membantu mengurangkan gejala PPD. Ini bukan sahaja termasuk memujuknya ketika dia menangis tetapi juga menyediakan bantuan praktikal, membantu memecahkan stigma dan menambahbaik ketahanan terhadap simtom kemurungan selepas melahirkan anak.

Paling penting sekali, PPD perlu dilihat melalui kaca mata yang lebih luas melebihi kesihatan mental ibu semata-mata di Malaysia dan lain-lain. Kita tidak boleh mengetepikan tanggungjawab lelaki dalam membantu pasangan dan diri mereka sendiri dalam untuk memastikan keadaan yang lebih stabil terhadap emosi selepas melahirkan anak.

(Arman I Rashid, PhD merupakan seorang kaunselor dalam latihan dalam program Kaunseling Profesional Ijazah Sarjana Universiti Monash, kini sedang bekerja dalam bidang Kesihatan SOLS. Beliau telah bekerja sebagai seorang ahli politik dan penganalisis keselamatan bagi organisasi antarabangsa sebelum menukar kerjaya dalam bidang kesihatan mental, mengiktiraf pepatah kata ‘keamanan dunia memerlukan keamanan dalaman’ untuk masyarakat mampan. Beliau boleh dihubungi di arman@sols247.org).

Rujukan

1. American Psychological Association (2008). Postpartum Depression. APA Women’s Program Office. https://www.apa.org/pi/women/resources/reports/postpartum-depression-brochure-2007.pdf

2. Andrews-Fike C (1999). A Review of Postpartum Depression. Primary Care Companion to the Journal of Clinical Psychiatry. 1(1).

3. Kang P, Mohazmi, M, Ng Y & Liew S (2019). Postpartum depression in maternal and child health clinics: A cross-sectional survey. Malaysian Family Physician. 14(1).

4. Cesar F, Costa P, Oliveira A & Fontaine, AM (2018). “To Suffer in Paradise”: Feelings Mothers Share on Portuguese Facebook Sites. Frontiers in Psychology, 9.

5. Paulson J & Bazemore S (2010). Prenatal and postpartum depression in fathers and its association with maternal depression: A menta-analysis. Journal of the American Medical Association. 303(19).

6. Scarff J (2019). Postpartum Depression in Men. Innovations in Clinical Neuroscience. 16(5-6).

7. Eddy B, Poll V, Whiting J & Clevesy M (2019). Forgotten Fathers: Postpartum Depression in Men. Journal of Family Issues.

8. Letoureneau N, Denni C, Benzies K, Duffett-Leger L, Stewart M, Tryphonopoulos P, Este D & Watson W (2012), Postpartum Depression is a Family Affairs: Addressing the Impact on Mothers, Fathers and Children. Issues in Mental Health Nursing. 33(7).

9. Harvard Medical School (2011). Beyond “Baby Blues”. Harvard Mental Health Letter. Harvard Health Publishing. https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/beyond-the-baby-blues

10. Hadi H & Hadi S (2015). Uncovering the Concealed Part of Motherhood-Postpartum Depression in Mothers. Clinics in Mother and Child Health. 12:1.

11. Zauderer C (2009). Postpartum Depression: How Chidlbirth Educators Can Help Break the Silence. Journal of Perinatal Education. 18(2)

12. Montgomery P, Bailey P, Purdon S, Snelling S & Kauppi C (2009). Women with postpartum depression: “my husband” stories. BMC Nursing. 8(8).

13. Kruden L (1993). Nature and prediction of changes in marital quality for first-time parent and nonparent husband and wife. Journal of Family Psychology. 6(3).

14. Corrigan C, Kwasky A & Groh C (2015). Social Support, Postpartum Depression and Professional Assistance: A Survey of Mothers in the Midwestern United States. Journal of Perinatal Education. 24(1).

17. Vaezi A, Soojoodi F, Banihashemi A & Nojomi M (2019). The Association between Social Support and Postpartum Depression in Women: A Cross Sectional Study. Women and Birth. 32 (2).

16. Postmontier B (2008). Sleep Quality in Women with and without Postpartum Depression. Journal of Obstetric, Gynecologic & Neonatal Nursing. 37(6)

17. Corwin E, Brownstead J, Barton N, Heckard S & Morin K (2005). The Impact of Fatigue on the Development of Postpartum Depression. Journal of Obstetric, Gynecologic & Neonatal Nursing. 34(5).

18. American Psychological Association (2008). Postpartum Depression. APA Women’s Program Office. https://www.apa.org/pi/women/resources/reports/postpartum-depression-brochure-2007.pdf

19. Kumar S, Oliffe J & Telly M (2018). Promoting Postpartum Mental Health in Fathers: Recommendations for Nurse Practitioners. American Journal of Men’s Health. 12(2).

20. Monteiro F, Fonseca A, Pereira M, Alves S & Canavarro M (2019). What protects at-risk postpartum women from developing depressive and anxiety symptoms? The role of acceptance-focused processes and self-compassion. Journal of Affective Disorders. 246.

 

Isu Kesihatan Mental Ibu merupakan cabaran getir bagi para wanita sebelum, semasa dan selepas kelahiran bayi. Kajian menunjukkan bahawa dengan kesedaran yang lebih baik dalam kalangan masyarakat di samping bantuan yang diberikan tepat pada masanya mampu meningkatkan peluang untuk sembuh sepenuhnya daripada kondisi ini.


SOLS Health sedang menjalankan kajian mengenai bagaimana servis mengenalpasti dan merawat sedia ada boleh ditambah baik untuk membantu wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin di Selangor. Jika anda merupakan wanita dalam linkungan umur melahirkan anak dan menetap di Selangor, kami sangat menghargai jika anda dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi tinjauan kami pada pautan di bawah. Tinjauan ini tidak mengambil lebih daripada 10 minit untuk diisi dan maklumbalas anda dapat membantu untuk menambah baik kualiti servis dan juga akses kepada rawatan bagi ibu yang mengalami kondisi ini. 


Kami memerlukan lagi 20 maklum balas bagi mencapai sasaran responden kami. Kami sangat menghargai jika anda dapat membantu kami mancapai sasaran kami.


English version:

Tamil version:

BM version:

Chinese version:

353 views0 comments
bottom of page